Latihan ICT (Penghasilan Kad Raya Menggunakan Microsoft Publisher)
11 Jun 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 7 dan 10 Jun yang lalu, PI Kg. Luak mengadakan latihan ICT buat ahli PI sepanjang cuti persekolahan dan bulan Ramadhan. Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Kali ini, PI Kg. Luak mendedahkan tentang cara penggunaan Microsoft Publisher kepada para pelajar.
Para pelajar diajar menggunakan asas Microsoft Publisher dan fungsi-fungsi nya pada 7 Jun 2016. Setelah itu, pada 10 Jun 2016 mereka diuji dengan pengetahuan yang sedia ada untuk menghasilkan kad raya dan hasil yang begitu memuaskan ditunjukkan oleh para pelajar. Hasil kad raya para pelajar dicetak dan diberikan kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: